Pasangan mata wang GBP/USD kini sedang menghampiri zon utama di dalam carta harian, dan salah satu daripadanya adalah zon sokongan pada tahap 1.5169. Adalah diingatkan bahawa penembusan harga di bawah wilayah itu akan membuka laluan untuk harga menguji tahap 1.5030 pada hari-hari yang akan datang. Walau bagaimanapun, susulan penurunan harga telah ditembusi sejak beberapa hari lalu, pasangan mata wang ini telah mula membuat lantunan semula harga yang lebih dalam.
Berdasarkan kepada carta 1H, pada masa ini adalah struktur penurunan harga di bawah SMA 200 dan juga zon sokongan pada tahap 1.5166, yang mana ia kini bertindak sebagai bahagian bawah. SMA 200 masih menunjuk ke arah bawah dan kencednerungan ini harus dilihat pada minggu ini, sebagaimana pasangan GBP/USD berpotensi untuk melakukan satu lagi perkembangan pola menurun.
Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5256 / 1.5344
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5169 / 1.5030
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5223 / 1.5285
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5166 / 1.5103
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (menjual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.5166, take profit pada tahap 1.5103, dan stop loss pada tahap 1.5229.