Analisis Teknikal NZD/USD untuk 28 September, 2015

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi sebagaimana kecenderungan kenaikkan harga masih sah. Pasangan mata wang ini dilihat telah membuat lantunan semula harga yang kuat daripada tahap sokongan utamanya 0.6355 dan kekal didagangkan dalam aliran menaik. Tempoh purata pergerakkan 50 kini sedang menuju ke arah atas, yang bertindak sebagai sokongan. Selain itu, RSI urusniaga harian telah menembusi di atas tahap neutral 50 dan dan didapati telah kekurangan momentum penurunan harga. Oleh itu, selagi harga masih belum menembusi tahap 0.6305 , maka perhatikan kesinambungan kenaikkan harga yang selanjutnya ke tahap 0.6425 dan 0.6455.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6425 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.6455. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.6305 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.6275. Titik pangsi terletak pada tahap 0.6355.

Tahap Rintangan: 0.6425 0.6455 0.9484

Tahap Sokongan: 0.6306 0.6275 0.6245