Analisis Teknikal Pasangan Mata wang GBP/USD:
Gambaran Keseluruhan
'DOuble top' bagi pasangan mata wang GBP/USD dilihat terletak pada tahap 1.5293 sementara 'double bottom' pula akan ditetapkan pada tahap 1.5134.
Julat dagangan yang selanjutnya dijangka akan menjadi sangat kecil kira-kira 159 pip sahaja, pada hari-hari yang akan datang. Walau bagaimanapun kami menjangkakan julat dagangan 210-300 pips pada minggu ini.Juga, julat dagangan terakhir adalah kira-kira 433 pip, oleh yang demikian harga telah mencecah titik pangsi, sokongan 1 dan sokongan 2 minggu lalu. Minggu ini, sokongan utama terdapat pada tahap 1.5140. Rintangan yang terletak pada tahap 1.5293 telah pun berjaya dicapai, yang mana ia adalah bertepatan dengan nisbah 38.2% Penarikan semula Fibonacci dan titik pangsi mingguan.Oleh itu, berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang GBP/USD ini diramalkan akan bergerak di antara tahap 1.5293 dan 1.5134.
Tahap 1.5293 mewakili titik pangsi mingguan untuk 28 September, 2015.
Oleh yang demikian, ia akan menjadi sesuatu yang sangat menguntungkan kepada para pedagang untuk menjual di bawah tahap 1.5293 dalam dagangan jangka pendek dengan sasaran pertama ditetapkan pada 1.5163. Selain itu, jika aliran harga ini berjaya menembusi pada tahap 1.5163, maka harga berkemungkinan akan meneruskan pergerakkan menuju ke tahap 1.5134.