Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 29 September, 2015

Gambaran Umum untuk 29/09/2015 08:40 CET

Meskipun harga berjaya menembusi di bawah sokongan urusniaga harian yang terletak pada tahap 134.11 semalam, pasaran dilihat tidak membuat susulan dengan penurunan harga dan kembali berdagang ke tahap pangsi mingguan pada 134.77. Berdasarkan kepada perspektif gelombang Elliott, pasaran kini perlu mencapai satu lagi tahap tinggi bagi membolehkan harga meneruskan gelombang (c) biru kepada kenaikan harga, tetapi pemulihan harga tidak kelihatan seperti impulsif. Terdapat kebarangkalian bahawa pasaran akan meneruskan dagangan lebih kompleks dan memerlukan masa yang lebih panjang pada gelombang (b) biru pada masa sekarang (beberapa jenis corak kompleks). Hanya penembusan harga yang sah di atas garis aliran berkemungkinan akan memulakan aliran menaik impulsif pada perkembangan gelombang (c).

Sokongan/Rintangan:

131.80 - WS2

132.22 - Sokongan Teknikal

133.13 - Dasar Gelombang (b)

133.40 - WS1

133.92 - Sokongan Urusniaga Harian

134.77 - Pangsi Mingguan

135.36 - Rintangan Urusniaga Harian

136.36 - WR1

Cadangan Perdagangan:

Daytraders perlu keluar daripada aktiviti perdagangan dan menunggu sehingga terdapat corak harga yang lebih jelas kelihatan kerana sekarang bukanlah masa yang baik untuk membuka pesanan bagi mana-mana jenis pedagang.