Analisis Harian GBP/JPY untuk 29 September, 2015

Gambaran Keseluruhan

Berdasarkan kepada carta 4H yang dilampirkan diatas, penembusan harga pada tahap 181.60 telah menyatakan kesinambungan kejatuhan harga daripada tahap 188.28. Kecenderungan urusniaga harian bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini sedikit berpihak kepada aliran penurunan harga ke tahap rendah 180.36. Penembusan harga akan mengesahkan kesinambungan semula untuk kejatuhan menyeluruh daripada tahap 195.86 untuk membolehkan harga menguji tahap sokongan utama pada 174.86. Untuk aliran menaik, di atas tahap 184.41, rintangan akan melanjutkan dagangan mendatar daripada tahap 180.36 dengan kenaikkan seterusnya. Sementara itu, lantunan semula harga yang seterusnya ke arah zon rintangan 195.26/86 adalah diramalkan di atas 188.28.

Dan penembusan harga pada garisan arah aliran sokongan jangka sederhana diambil sebagai isyarat perubahan arah alirran harga. Gambaran ini disokong oleh kecapahan penurunan harga dalam MACD mingguan. Selain itu, pasangan mata wang GBP/JPY kini didagangkan berhampiran dengan rintangan kelompok utama 61.8% Penarikan semula 251.09 ke tahap 116.83 pada tahap 199.80, yang terletak berhampiran dengan paras psikologi 200. Penembusan harga pada tahap 174.86 akan mengesahkan perubahan arah aliran harga dan membawa harga lebih rendah ke tahap Penarikan semula harga 38.2% pada 116.83 ke tahap 195.86 pada 165.67. Sekiranya harga melanjutkan kenaikkan, para pedagang perlu berhati-hati sebagaimana rintangan yang kuat masing-masing terletak pada tahap 199.80/200.00 akhirnya membawa kepada pembalikan harga.

Pangsi Harian: (S1) 181.30; (P) 182.30; (R1) 182.96.