Analisis teknikal USD/CHF untuk 30 September, 2015

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga. Pasangan mata wang kini sedang berdagang di atas kenaikan purata pergerakkan tempoh 20 dan 50, yang mana ia menyokong harga. Selain itu, asas sokongan telah ditubuhkan di sekitar tahap 1.3385, yang mana ia sepatutnya menghadkan potensi penurunan harga. RSI yang terletak di sekitar tahap neutral 50 kini dilihat kekurangan momentum penurunan harga. Selagi tahap 0.9695 bertindak sebagai tahap sokongan, mencari peluang untuk bergerak ke arah yang lebih tinggi 0.9790 dan juga ke tahap 0.9820.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9790 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9820. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9665 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9640. Titik pangsi terletak pada tahap 0.9695.

Tahap Rintangan: 0.9790 0.9820 0.9895

Tahap Sokongan: 0.9665 0.9640 0.9615