Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Emas telah jatuh ke tahap $ 1,105.00 pada hari ini sebelum ia melantun kembali. Para pedagang harus diingatkan bahawa emas telah menguji garis aliran sokongan interim dan melantun ke tahap yang lebih tinggi. Emas dilihat telah mula menghasilkan graf kenaikan harga 'morning star' pada carta 4H. Oleh yang demikian, para pedagang masih disyorkan untuk kekal pada kedudukan membeli daripada tahap $ 1,120.00 dengan risiko terletak di sekitar tahap $ 1,100.00. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 1,100.00, diikuti masing-masing dengan tahap $ 1,090.00, $ 1,075.00 dan lebih rendah. Manakala rintangan pula didapati terletak pada tahap $ 1,155.00(interim), diikuti dengan tahap $ 1,170.00 dan lebih tinggi.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap $ 1,095.00, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!