Analisis Harian USDX untuk 05 Oktober 05, 2015

Indeks USDX terus diniagakan tidak berubah di antara tahap 96.38 dan 95.83, dalam usaha untuk bergerak lebih tinggi dan mengukuh bagi kesinambungan kenaikkan harga yang selanjutnya. Walau bagaimanapun, sepertimana yang dapat anda perhatikan pada carta harian, masih terdapat peluang yang tinggi untuk melihat penarikan semula harga di bawah tahap sokongan 95.83, melalui zon harga 95.26. Indikator kini dilihat sedang memasuki wilayah neutral.

Berdasarkan kepada carta 1H, kami mendapati bahawa terdapat aliran penurunan harga yang kuat semasa sesi dagangan hari Jumaat, dan indeks masih cuba untuk mengekalkan kecenderungan kenaikan harga di atas SMA 200. Pada masa ini, penembusan harga di atas tahap rintangan 96.15 adalah disasarkan untuk tujuan membuka jalan bagi harga menguji zon 96.30. Penembusan harga di bawah tahap 95.38 akan melepaskan kuasa penurunan harga sekurang-kurangnya dalam dagangan jangka pendek dan sederhana.

Tahap Rintangan Carta Harian: 96.38 / 96.91

Tahap Sokongan Carta Harian: 95.81 / 95.26

Tahap Rintangan Carta 1H: 96.15 / 96.30

Tahap Sokongan Carta 1H: 95.94 / 95.38

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 96.15, Take profit di tahap 96.30 dan stop loss pada tahap 96.00.