Analisis EUR/NZD untuk 05 Oktober, 2015

Gambaran Keseluruhan:

Baru-baru ini, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran menurun. Harga dilihat telah menguji tahap 1.7218. Berdasarkan kepada carta harian, kami mendapati bahawa terdapat up-thrust ba (penjual masuk). Aliran harga bagi urusniaga harian adalah menurun. Merujuk kepada carta M30, kita dapat melihat jumlah penyerapan daripada jumlah kenaikan hari Jumaat, yang mana ini adalah merupakan tanda bahawa pesanan belian kelihatan sangat berisiko. Perhatikan peluang jualan berpotensi selepas penarikan semula harga. Walau bagaimanapun, sokongan harian utama yang terletak pada tahap harga 1.7265 kini sedang diuji (ayunan rendah harian). Para pedagang disyorkan untuk memerhatikan peluang penembusan harga yang berpotensi pada tahap sokongan untuk mengesahkan kesinambungan aliran penurunan harga. Jika harga berjaya mencapai pada tahap 1.7265, maka kita berpotensi untuk melihat harga menguji tahap 1.7010.

Titik Pangsi Fibonacci :

Tahap Rintangan:

R1: 1.7575

R2: 1.7645

R3: 1.7750

Tahap Sokongan:

S1: 1.7365

S2: 1.7300

S3: 1.7190

Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila mengambil pesanan membeli dan perhatikan peluang jualan yang berpotensi.