Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan terus bergerak daripada tahap harga 0.6770 (Tahap Penarikan semula Fibonacci 38.2%) pada carta harian. Ia telah membentuk 'double bottom' pada tahap 0.6770; oleh yang demikian, mata wang NZD kini sedang menunjukkan tanda-tanda kekuatan berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 0.6770 dan 0.6825. Oleh itu, ia akan menjadi satu petanda yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.6825 dengan sasaran pertama terletak pada tahap 0.6950 untuk menguji semula tahap rintangan mingguan 1. Sekiranya arah aliran harga menembusi rintangan yang kuat pada tahap 0.6950, pasangan mata wang ini akan pergi lebih jauh ke tahap 0.6983. Harga 0.6983 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat, ia akan menjadi tempat yang baik untuk mengambil keuntungan pada minggu ini. Tahap pengambilan untung akan bertepatan dengan gelombang kenaikkan harga yang terakhir. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku perubahan arah aliran harga dan penembusan harga NZD/USD melalui tahap sokongan pada 0.6812, pasaran akan membawa kepada kejatuhan harga yang seterusnya ke tahap 0.6766 untuk menyatakan pasaran penurunan harga dalam beberapa hari yang akan datang.