Analisis Teknikal Emas untuk 15 Oktober, 2015

Tinjauan teknikal dan persediaan carta:

Emas telah menembusi satu lagi tahap tinggi pada $ 1,189.00 semalam sebelum harga ditarik semula ke tahap yang lebih rendah. Para pedagang harus diingatkan bahawa emas hampir mencecah sasaran unjuran yang terletak pada tahap harga $ 1,190.00 dan harga kemudianya berkemungkinan akan menjejaki semula pada bila-bila masa. Emas telah bertukar kepada pesanan membeli pada urusniaga harga rendah buat masa sekarang sehingga harga kekal didagangkan di atas $ 1,100.00. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa sekarang dan perhatikan peluang untuk memulakan kedudukan membeli pada harga rendah melalui $ 1,150.00/30.00. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 1,157.00 (Fibonacci 0.382), diikuti dengan $ 1,135.00 dan lebih rendah, manakala rintangan dilihat berada pada tahap $ 1,200.00/30 dan lebih tinggi.

Cadangan Perdagangan:

Kekal mendatar buat masa sekarang, dan perhatikan peluang untuk membuka pesanan membeli pada tahap harga yang lebih rendah.

Semoga berjaya!