Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 19 Oktober, 2015

Pasangan mata wang GBP/JPY diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga. Harga bagi pasangan mata wnag ini telah dibalikkan semula dan disokong oleh kenaikkan MA urusniaga harian tempoh 50. MA tempoh 20 telah melintasi di atas tempoh 50, sekaligus mengesahkan kecenderungan kenaikan harga. Sementara itu, RSI urusniaga harian tidak mempunyai momentum menurun. Kenaikan harga yang seterusnya dijangka dengan sasaran menaik pertama ditetapkan pada tahap 185.30; dan yang kedua, pada tahap 185.80 dalam lanjutan. Hanya penembusan harga di bawah tahap sokongan utama 183.60 sahaja yang akan membuka jalan untuk harga melanjutkan aliran menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 185.30 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 185.80. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 182.75 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 182.30. Titik pangsi terletak pada tahap 183.60.

Tahap Rintangan: 185.30 185.80 189.65

Tahap Sokongan: 182.75 182.30 181.60