Indeks dolar AS menunjukkan beberapa tanda-tanda pembalikan harga jangka pendek ke arah atas, walau bagaimanapun gamabran dagangan jangka panjang kekal neutral sebagaimana harga masih terperangkap di dalam julat dagangan pada flag menaik mingguan dan di dalam cloud mingguan.
Garis merah - rintangan
Garis biru - saluran kenaikan harga
Indeks dolar AS kini sedang berdagang di dalam sasaran menaik jangka pendek dan menembusi di atas Ichimoku cloud carta 4 jam. Harga bergerak dalam arah aliran menaik jangka pendek mensasarkan tahap rintangan jangka sederhana pada garis aliran merah. Kawasan rintangan penting dilihat terletak di antara tahap 95.50 dan 95.60.
Garis hijau - Sokongan
Garis merah - rintangan
Graf lilin mingguan cuba untuk menembusi di atas Ichimoku cloud. Penutupan harga di atas tahap ini akan menjadi satu petanda bahawa harga berkemungkinan akan menolak indeks ke arah tahap rintangan mingguan merah. Aliran harga bagi dagangan jangka panjang kekal neutral sebagaimana harga kekal berdagang dalam flag kenaikan harga.