Analisis Teknikal USDX untuk 26 Oktober, 2015

Indeks dolar AS telah menembusi kawasan rintangan penting dan penarikan semula harga adalah wajar pada tahap harga semasa. Para pedagang perlu sangat berhati-hati dengan aliran menaik sekiranya Indeks dolar AS membuat pembalikan penurunan harga penuh.

Garis merah - rintangan

Indeks dolar AS kini sedang didagangkan di atas Ichimoku Cloud. Ia telah mencapai tahap tinggi sebelumnya pada 96.50. Penolakan harga pada garis rintangan 97.25 berpotensi untuk menolak indeks dolar kembali berdagang ke arah sokongan Ichimoku Cloud pada tahap 95.50.

Garis merah - rintangan mingguan

Garis hijau - sokongan mingguan

USDX melantun dari Ichimoku cloud ke arah sempadan menaik flag dan kita dapat melihat penolakan. Ia masih terlalu awal untuk mendapatkan penurunan harga, walau bagaimanapun tahap harga ini adalah merupakan tahap dengan nisbah risiko-ganjaran yang terbaik. Stop loss untuk kedudukan menjual adalah sangat hampir dan penarikan semula harga ke arah sokongan cloud mingguan adalah berpotensi.Para pedagang perlu sangat berhati-hati dengan aliran menaik dan menetapkan kedudukan stop loss lebih tinggi.