Analisis Harian GBP/JPY untuk 26 Oktober, 2015

Gambaran Keseluruhan:

.Berdasarkan kepada carta 4H di atas, kita boleh melihat bahawa tidak terdapat sebarang perubahan pada prospek pasangan mata wang GBP/JPY sebagaimana pengukuhan harga mendatar daripada tahap 180.36 telah dilanjutkan minggu lalu. Pemulihan harga yang selanjutnya dapat diperhatikan. Walau bagaimanapun, rintangan kuat yang terletak pada tahap 188.28 dijangka akan menghadkan aliran menaik bagi membolehkan pasangan ini menyelesaikan pengukuhan harga Penembusan harga pada tahap 180.36 akan melnajutkan keseluruhan penurunan harga daripada tahap 195.86 dan kemudian akan menyasarkan ujian harga pada tahap sokongan utama 174.86. Untuk gambaran dagangan jangka panjang, aliran menaik ini berpotensi untuk meningkat dari bahagian bawah jangka panjang 116.83. Masih belum terdapat sebarang pengesahan lagi, tetapi jika terdapat kenaikan harga yang lain, rintangan yang kuat mungkin akan dilihat berada berhampiran dengan Penarikan semula 61.8% pada tahap 251.09 kepada 116.83 pada 199.80.

Pangsi Harian: (S1) 185.35; (P) 185.82; (R1) 186.40