Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi dengan kecenderungan kenaikkan harga. Secara teknikalnya, arah aliran ini masih positif di atas dasar urusniaga harian. RSI urusniaga harian berdiri teguh di atas kawasan neutral pada MA urusniaga harian tempoh 50 dan 20 sedang menuju ke arah atas tanpa menunjukkan sebarang isyarat pembalikan harga. Pasangan mata wang kini dijangkakan akan mencabar rintangan mendatar terdekat pada tahap 0.9785. Hanya penembusan menaik ini akan membuka jalan ke arah tahap 0.9900.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.99 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9960. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9740 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9710. Titik pangsi terletak pada tahap 0.9785.
Tahap Rintangan: 0.99 0.9965 0.9995
Tahap Sokongan: 0.9740 0.9710 0.9650