Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Pasangan mata wang AUD/USD didapati telah bertukar arah aliran harga daripada tahap-sub 0.7400 minggu lalu dan ia kini sedang cuba untuk mencari sokongan interim pada tahap 0.7080. Sila ambil perhatian bahawa tahap 0.7080 adalah merupakan tahap penumpuan Fibonacci seperti yang ditunjukkan di sini, dan ia boleh membuktikan titik pengenaan utama. Lantunan menaik harga berpotensi untuk mengubah trend aliran dan akan membolehkan aliran kenaikkan harga mendominasi semula pasaran. Sebaliknya, pasangan mata wang ini boleh menjunam jatuh ke tahap yang lebih rendah hingga 0.6900. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa sekarang dan perhatikan tindak balas harga pada tahap 0.7080. Sokongan serta-merta dilihat berada pada tahao 0.7080 manakala rintangan pada tahap 0.7300.
Cadangan Perdagangan:
Kekal mendatar. Berhati-hati disekitar tahap harga 0.7080.
Semoga berjaya!