Ringkasan Gelombang:
Kami masih beranggapan bahawa perkiraan gelombang yang terbaik adalah bahagian bawah pembetulan penurunan harga daripada tahap 1.9114 telah ditemui pada tahap 1.6124, walau bagaimanapun pergerakkan harga yang lebih tinggi tidak kelihatan begitu meyakinkan. Penembusan harga di atas tahap rintangan 1.6515 akan berlaku dan harga berkemungkinan akan melanjutkan aliran menaik sehingga mencecah ke tahap 1.6950 dan lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, selagi rintangan yang terletak pada tahap 1.6515 ini berjaya melindungi arah aliran menaik, risiko kekal terletak pada tahap rendah baru di bawah 1.6124 boleh dilihat. Sasaran penurunan yang seterusnya didapati terletak pada tahap 1.6024.
Cadangan Perdagangan:
Stop loss pada tahap 1.6180 telah ditembusi dan kami akan kekal neutral buat masa ini.