Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 02 November, 2015

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:

Pasangan mata wang EUR/JPY kini sedang berdagang di sekitar tahap 132.90, mencari peluang untuk meneruskan kenaikan sekurang-kurangnya melalui tahap harga 137.00/138.00, sebelum membuat sebarang penarikan semula harga yang ketara. Para pedagang harus diingatkan bahawa pasangan mata wang ini telah menghasilkan graflilin pembalikan penyelubungan menaik pada minggu lepas, yang menunjukkan kenaikkan harga berpotensi, di dalam gambaran carta harian. Selain itu, adalah diingatkan bahawa sokongan fibonacci 0.618 juga telah ditembusi, dan harga bertindak balas di kawasan harga yang sama. Adalah lebih baik untuk beranggapan bahawa kenaikan harga dijangka akan kekal mendominasi pasaran sehingga harga kekal didagangkan di atas tahap 132.00. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk kekal membeli dengan risiko betul-betul berada di bawah tahap harga 132.00. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 132.00, dan diikuti masing-masing dengan tahap 130.00 dan lebih rendah, manakala rintangan pula didapati terletak pada tahap 137.00 dan lebih tinggi.

Cadangan Peragangan:

Kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop loss di bawah 132.00, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!