Gambaran Makro Global untuk 02/11/2015:
PMI Pembuatan Akhir Markit China telah dikeluarkan awal hari ini dan ternyata bacaan tidak mengecewakan peserta pasaran. Konsensus umum adalah 47.7 (sedikit lebih baik daripada skor bulan terakhir 47.1), tetapi angka sebenar adalah pada tahap 48.3. Bacaan untuk tiga PMI terakhir mungkin mencadangkan bahawa sektor perkilangan mula meningkat di China, disokong oleh permintaan luar negara dan sektor perkhidmatan. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa mana-mana bacaan di bawah 50 akan menunjukkan penguncupan dan bukan kenaikkan.
Pasangan mata wang AUD/USD didagangkan agak sensitif kepada sebarang kenyataan akhbar China, tetapi setakat ini pasaran masij tidak menunjukkan sebarang tanda 'sell-off'. Selepas harga menembusi saluran emas, harga telah melantun semula ke kawasan kesesakan dan ia kini sedang menguji garis saluran dari atas. Sokongan seterusnya dilihat terletak pada tahap 0.7084 dan rintangan seterusnya didapati terletak pada tahap 0.7181.