Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 03 November, 2015

EUR/USD: Tiada sebarang perubahan arah aliran harga diperhatikan pada pasangan mata wang EUR/USD hari Isnin. Oleh yang demikian, ia boleh dikatakan bahawa harga hanya mengukuh di dalam konteks aliran menurun. Adalah diramalkan bahawa tidak lama lagi akan terdapat pergerakan harga yang serius di pasaran, yang akan berlaku pada hari ini atau esok. Pasangan mata wang EUR/USD dijangkakan akan mengikuti kecenderungan aliran menurun ke tahap yang lebih rendah, terutama dalam menghadapi stamina yang dijangka pada mata wang dolar AS.

USD/CHF: Pasangan mata wang ini dilihat telah menguji tahap rintangan pada 0.9950, dan harga kemudianya tidak perlu lagi diperbetulkan ke arah bawah dalam konteks aliran menaik. Walau bagaimanapun, kecenderungan harga untuk keseluruhan kekal menaik. Melainkan jika harga menjunam di bawah tahap sokongan 0.9750 (yang memerlukan tekanan jualan yang serius), kecenderungan harga akan kekal menaik. Tahap rintangan yang terletak pada tahap 0.9950 berkemungkinan akan diuji sekali lagi sekiranya tekanan belian dilanjutkan semula.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD ini kelihatan telah membuat percubaan kenaikan harga pada hari Isnin, walau bagaimanapun aliran menurun telah hadir dan kemudianya mendorong harga kembali berdagang di bawah wilayah pengagihan pada tahap 1.5450. Kini terdapat isyarat kenaikan harga di dalam pasaran, yang akan menjadi sah selagi kawasan pengumpulan pada tahap 1.5300 tidak ditembusi untuk aliran menurun.

USD/JPY: Walaupun keadaan harga semasa untuk pasangan mata wang ini adalah menaik, harga dilihat tidak membuat sebarang pergerakan yang serius setakat ini. Apa yang dapat dilihat pada carta adalah pergerakan harga berselang seli di antara aliran menaik dan aliran menurun: Harga perlu terus bergerak ke arah atas. Jika tidak, pasaran berkemungkinan akan memasuki fasa keseimbangan seterusnya.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini telah membuat usaha menaik pada hari Isnin - semua dalam konteks aliran menurun. Pasangan mata wang ini diramalkan akan kekal melemah selagi EUR melemah. Bagi membolehkan pasangan mata wang ini melonjak naik, mata wang JPY perlu menjadi lebih lemah berbanding EUR, yang mana situasi itu adalah bukan pada masa ini.