Analisis Teknikal USD/CHF untuk 03 November, 2015

Pasangan mata wang USD/CHF ini didagangkan dalam aliran harga berombak. Pasangan mata wang kekal mengukuh di bawah tahap harga melintang utama pada tahap 0.9910. RSI urusniaga harian didapati kekurangan momentum, menyebabkan para pedagang perlu lebih berhati-hati. Selain itu, MA urusniaga harian tempoh 20 dan 50 kini beralih mendatar daripada arah aliran harga positif. Dalam kes ini, pasangan boleh terus mengukuh dalam julat harga di antara tahap 0.9910 dan 0.9815 sewaktu sesi dagangan yang akan datang. Walau bagaimanapun, selagi rintangan yang terletak pada tahap 0.9910 ini tidak ditembusi, maka risiko penembusan harga di bawah tahap 0.9815 kekal tinggi.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9815. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.975. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9910. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9960 dan sasaran kedua pada tahap 1.000.

Tahap Rintangan: 0.9960 1.000 1.0060

Tahap Sokongan: 0.9815 0.9755 0.9710