Analisis Teknikal GBP/CHF untuk 04 November, 2015

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang GBP/CHF dilihat berdagang pada tahap 1.5260 pada masa sekarang, perhatikan peluang untuk menembusi rintangan pada tahap 1.5350 sebelum menghasilkan anjakan bermakna yang lebih rendah. Sila perhatikan pembalikan penurunan harga di sekitar tahap-tahap harga ini untuk memulakan kedudukan menjual baru. Seluruh kenaikkan yang bermula daripada tahap 1.4550 sebelum ini, seolah-olah terhenti pada tahap harga semasa atau pada tahap 1.5350. Selain itu, isyarat penyelubungan penurunan harga telah dihasilkan pada carta 4H seperti yang digambarkan di sini. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk memulakan 50% kedudukan menjual sekarang dan baki 50% pada tahap 1.5350 jika harga mencapai tahap tersebut dengan risiko pada tahap 1.5450. Rintangan serta-merta dilihat terletak pada tahap 1.5350, manakala sokongan pula dilihat pada tahap 1.5150.

Cadangan Perdagangan:

Kekal menjual 50% pada tahap harga semasa dan kekal pada tahap 1.5350, dan stop loss pada tahap 1.5450.

Semoga berjaya!