Gambaran Keseluruhan:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran menurun. Seperti yang telah kita ramalkan, harga dilihat telah menguji tahap $ 1,106.26. Aliran harga bagi urusniaga harian dan dagangan jangka pendek adalah menurun sebagaimana harga kini sedang berdagang di bawah Ichimoku Cloud di dalam carta harian, carta 4H dan 1H. Merujuk kepada carta 4H, kita dapat melihat bar bekalan yang kukuh pada jumlah yang tinggi. Menurut carta 4H, kita dapat lihat bar bekalan yang kukuh dan baik, yang mana ini adalah merupakan petanda bahawa pesanan membeli masih kelihatan berisiko. Perhatikan peluang jualan sebaik sahaja zon keuntungan pertama kami di sekitar harga $ 1,106.00 telah dicapai. Sokongan utama kedua adalah di sekitar tahap harga $ 1,083.00.
Tiitk Pangsi Fibonacci Harian:
Tahap Rintangan
R1: 1,117.50
R2: 1,121.10
R3: 1,126.90
Tahap Sokongan
S1: 1,105.90
S2: 1,102.31
S3: 1,109.50
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan membeli emas pada tahap harga ini dan perhatikan peluang untuk menjual yang berpotensi.