Gambaran Keseluruhan:
Penembusan kenaikkan harga di atas zon 1.2770-1.2800 diperhatikan pada 15 Julai (ditunjukkan dengan warna merah jambu cair).
Sasaran kenaikkan jangka masa panjang diunjurkan ke arah tahap 1.3270 (100% Fibonacci Expansion).Walau bagaimanapun,kenaikkan bergerak terus di atas tahap rintangan,yang telah ditembusi pada 23 September lalu.
Penolakkan penurunan yang ketara diperhatikan sekitar 1.3450 dimana 141.4% Fibonacci Expansion terletak secara kasarnya.
Kemudian pada 1 Oktober,penurunan bertahan di bawah tahap 1.3270 (100% Fibonacci Expansion) ditunjukkan. Ianya mengenakan tekanan penurunan yang cukup bagi mendedahkan tahap sokongan seterusnya sekitar 1.2910 dan 1.2750 dimana kemasukkan beli jangka masa panjang dicadangkan.
Pada 23 Oktober,penutupan harian atas 1.3100 berjaya dicapai.Ianya meningkatkan lagi arah kenaikkan bagi pasaran.
Tahap harga pada 1.3270 (100% Fibonacci Expansion) ditunjukkan tidak lama selepas kenaikkan USD/CAD berjaya untuk ditolak atas tahap harga pada 1.3100.
Pada 28 Oktober,kemasukkan pesanan menjual yang sah telah dicadangkan di sekitar tahap 1.3270 (FE100%).Ianya kini sedang berjalan didalam keadaan yang menguntungkan. Tahap sasaran terletak pada 1.3075 dan 1.2930.
Penembusan penurunan pada tahap sokongan semasa pada 1.3075 adalah perlu bagi membolehkan penurunan selanjutnya pada tahap 1.2930.
Jika tidak, satu lagi lonjakan kenaikkan harga ke arah tahap harga 1.3270 (FE 100%) diramalkan akan berlaku (senario semasa).
Cadangan perdagangan:
Pedagang konservatif perlu menunggu sama ada untuk MENJUAL pasangan USD/CAD di sekitar tahap harga 1.3270-1.3300 atau mengambil pesanan MEMBELI di sekitar zon penembusan harga baru-baru ini (1.2800-1.2750) sebagaimana zon penembusan harga adalah merupakan tahap sokongan yang kuat.
S/L perlu diletakkan di bawah tahap 1.2700. Manakala tahap T/P harus terletak pada 1.2850 dan 1.2900.