Indeks dolar AS telah bergerak dalam aliran menaik yang kuat sejak 2 November apabila harga menguji sokongan yang terletak pada tahap 96.75 dan menembusi ke tahap tinggi harga baharu pada 4 November. Kenaikkan harga mingguan bercorak Flag telah menembusi ke arah atas.
Garis merah - Sokongan
Garis biru - Sokongan
Indeks dolar AS kini sedang didagangkan di atas Ichimoku Cloud menuju ke tahap harga yang lebih tinggi dan tahap harga rendah yang lebih tinggi. Sokongan didapati terletak pada tahap 98.10-97.95. Sementara rintangan pula didapati terletak pada tahap 100-100.20. Aliran harga bagi indeks USDX kekal menaik.
Garis merah - rintangan mingguan
Carta mingguan kekal menaik sepenuhnya selepas harga menembusi di atas kenaikan harga bercorak flag. Harga kini sedang didagangkan di atas cloud jangka panjang yang menyediakan kami dengan isyarat kenaikan harga jangka panjang. Penarikan semula harga ke arah penembusan garis aliran sokongan harus diperhatikan sebagai peluang membeli dengan Stop Loss ditetapakn pada tahap 93.80.