Gambaran Makro Global untuk 12/11/2015:
Presiden ECB, Mario Draghi menegaskan dalam ucapanya pagi hari ini bahawa QE akan berjalan sehingga September 2016 jika perlu untuk memenuhi matlamat inflasi 2%. Kenyataan dovish ini mungkin menyokong lagi keputusan Draghi sebagaimana Draghi telah memaklumkan bahawa beliau kini telah bersedia untuk melakukan apa saja untuk mencapai matlamat inflasi dalam kenyataan pada minggu lalu, termasuk melanjutkan program pembelian bon hingga September 2016. Mesyuarat ECB Disember berkemungkinan sukar untuk mengemas kini dasar kewangan jangka panjang.
Pasangan mata wang EUR/USD jatuh mendadak selepas kenyataan Draghi. Harga telah menembusi garis sokongan pada tahap 1.0705. Kini, harga sedang diniagakan pada tahap 1.0711. Sokongan seterusnya dilihat terletak pada tahap 1.0673.