Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 13 November, 2015

EUR/USD: Pasaran hanya berdagang di dalam julat harga yang kecil untuk sebahagian besar minggu ini dengan tiada pergerakan menaik yang ketara diperhatikan, dan juga tidak terdapat pergerakan penurunan harga yang serius. Terdapat sedikit gerakan menaik pada hari Khamis, walau bagaimanapun prospek di pasaran kekal menurun. Melainkan jika pasaran meningkat sebanyak 150 pips, ia masih dianggap bahawa pasaran adalah menurun.

USD/CHF: Walaupun terdapat kenyataan bahawa pasangan mata wang USD/CHF hanya berdagang di dalam julat harga yang kecil untuk sebahagian besar minggu ini, kecenderungan kenaikan harga dalam pasaran masih kekal sah. EMA 11 kini berada di atas EMA 56, walau bagaimanapun Julat % Williams Tempoh 20 kini sedang berada di dalam kawasan yang terlebih jual. Ini menandakan bahawa terdapat penyatuan harga semasa di pasaran, walaupun sedikit menurun, mungkin menyebabkan kenaikkan harga.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD kelihatan seolah-olah telah ditentukan dalam pembetulan menaik dalam konteks aliran menurun. Harga kini berdagang di sekitar wilayah pengagihan pada tahap 1.5250, dan sekiranya harga bergerak lebih tinggi ke arah atas sebanyak 150 pips, prospek penurunan harga baru-baru ini tidak akan terjejas. Pasaran masih dianggap berdagang dalam aliran menurun.

USD/JPY: Setelah menguji tahap bekalan yang terletak pada tahap 123.50, harga telah sedikit menurun. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan melanjutkan aliran menaik ke tahap yang lebih tinggi lagi, terutama selagi tahap permintaan 122.00 tidak ditembusi untuk aliran menurun.

EUR/JPY: Untuk tempoh sebahagian besar minggu ini (4 hari dagangan) instrumen perdagangan mata wang ini telah hanya didagangkan dalam aliran mendatar. Tidak terdapat kebarangkalian bahawa hari ini akan menjadi satu pengecualian kerana pasaran mata wang ini telah merekodkan bacaan yang baik di dalam laporan fundamental minggu ini. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat kenaikan pada minggu hadapan.