EUR/USD: Tidak terdapat sebarang pergerakkan menaik yang serius pada pasangan mata wang EUR/USD sepanjang minggu lepas. Bagi tahun 2015, kita melihat pergerakan mendatar untuk kebanyakan pasangan mata wang utama, yang mana setiap mata wang tidak bergerak menaik atau menurun sebanyak 50 pip dalam kes-kes tertentu. Walaupun pergerakan keseimbangan itu boleh diteruskan, kami menjangkakan momentum pasaran menaik akan berlangsung tidak lama lagi.
USD/CHF: Pasangan mata wang ini bergerak mendatar untuk sepanjang minggu lalu sambil mengenepikan semua data fundamantel yang boleh memberi kesan terhadapnya. Minggu lalu, kebanyakan pasangan utama mengetepikan sebahagian besar laporan fundamental, yang sepatutnya memberi kesan terhadap mata wang (kecuali laporan pekerjaan yang telah dikeluarkan dari Australia, yang menjejaskan pasangan AUD). Pergerakan mendatar semasa boleh dilanjutkan sehingga berlaku penembusan harga, yang paling mungkin akan memihak kepada kecenderungan kenaikan harga semasa.
GBP/USD: Setelah menguji wilayah pengumpulan di sekitar tahap 1.5050, harga secara beransur-ansur melantun ke arah atas sebanyak 200 pip, mencapai wilayah pengagihan pada 1.5250. Selagi wilayah pengagihan pada tahap 1.5350 ini tidak ditembusi ke arah atas, kecenderugan penurunan harga pada baru-baru ini tidak akan terjejas. Terdapat kemungkinan bahawa aliran penurunan harga akan dilanjutkan semula.
USD/JPY: Dalam konteks aliran menaik, pasangan mata wang ini hanya mengukuh ke arah bawah. Harga telah menguji bekalan pada tahap 123.50 dan harga tidak perlu lagi diperbetulkan lebih rendah, menguji tahap permintaan pada 122.50. Pasangan mata wang ini berkemungkinan akan bergerak naik lebih tinggi; mungkin mencapai tahap bekalan 123.50 ke arah atas (pasangan JPY diramalkan akan mengambil alih aliran menaik sebelum hujung bulan ini).
EUR/JPY: Minggu lalu, pasangan mata wang EUR/JPY didagangkan hanya dalam aliran mendatar. Harga zigzagged di antara zon permintaan 131.50 dan zon bekalan 133.00. Minggu ini, pasangan EUR/JPY mungkin akan menghadapi kesukaran untuk membuat kenaikkan ketara, terutamanya selagi EUR melemah.