Ringkasan Gelombang:
Pengukuhan mendatar di dalam julat harga yang agak sempit 1.6175-1.6545 telah dilanjutkan sebagaimana pasangan mata wang ini telah berdagang dalam posisi ini untuk tempoh lebih daripada tiga minggu sekarang. Kami masih memihak kepada resolusi menaik kepada pengukuhan harga ini, walau bagaimanapun hanya penembusan harga yang jelas di atas tahap 1.6545 sahaja yang boleh membuka laluan untuk harga melonjak lebih tinggi ke arah tahap 1.8020 dan lebih tinggi di atas 1.9114 dalam jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, selagi rintangan utama pada tahap 1.6545 melindungi arah aliran menaik, harga masih terperangkap di dalam julat ini dengan potensi risiko penurunan akhir yang lebih hampir dengan tahap 1.5882 sebelum pembetulan harga daripada tahap 1.9114 akhirnya berakhir.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah membeli EUR daripada tahap 1.6365 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi pada tahap 1.6280. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 1.6325 dengan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 1.6545.