EUR/USD: Meskipun fakta menunjukkan bahawa aliran harga bagi pasangan mata wang ini sedang mengukuh, pasangan mata wang EUR/USD masih didagangkan dalam aliran menurun di pasaran. Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga yang jelas di dalam carta; dan dengan itu, apabila pergerakan harga berlaku, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan memihak kepada aliran menurun. Pada masa ini, perdagangan membeli kelihatan tidak lagi sah untuk pasaran ini.
USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini kelihatan tidak menentu dalam aliran menaik secara beransur-ansur. Pasangan mata wang ini lebih cenderung untuk didagangkan dalam aliran menaik dan harga kini sedang menguji tahap rintangan 1.0200, yang mana ia adalah merupakan tahap sasaran kami untuk minggu ini. Tahap rintangan juga berpotensi ditembusi untuk aliran menaik ke arah atas sebagaimana sentimen kenaikkan harga akan kekal mendominasi pasaran.
GBP/USD: Pasangan mata wang ini telah mengukuh sehingga minggu ini; kelihatan tiada pergerakan menaik atau pergerakan menurun yang ketara. Walau bagaimanapun, semua ini berlaku dalam konteks aliran menurun, dan apabila pergerakan harga berlaku, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan memihak kepada prospek penurunan harga semasa.
USD/JPY: Pasangan mata wang ini masih didagangkan dalam mod kenaikan harga. Harga kini sedang berdagang di atas EMA 56 dan tempoh RSI 14 kini berada di atas tahap 50, ini menandakan bahawa masih terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa pasangan mata wang USD/JPY ini akan bergerak ke tahap yang lebih tinggi lagi. Beberapa laporan fundamental diramalkan pada hari ini dan ia berpotensi untuk mempengaruhi pasaran.
EUR/JPY: Instrumen perdagangan mata wang ini telah bergerak dalam mod penurunan harga untuk beberapa waktu, walaupun harga kini sedang berada di dalam fasa keseimbangan yang jelas. Prospek dagangan adalah melemah, walau bagaimanapun, sah. Selagi mata wang euro terus melemah, pasangan mata wang ini tidak akan dapat menembusi aliran menaik dengan mudah. Satu lagi syarat untuk pembalikan kenaikan harga adalah kelemahan yang serius pada mata wang yen.