Analisis Teknikal Emas untuk 25 November, 2015

Harga emas kini sedang menuju ke arah tahap tinggi jangka pendek dan rintangan pada tahap $ 1,090. Penolakan harga pada tahap ini akan mendorong harga untuk jatuh ke tahap lebih rendahbaru pada $ 1,045, walau bagaimanapun aliran menaik berjaya menembusi di atas tahap rintangan, sasaran jangka pendek pertama kami dilihat berada disekitar tahap $ 1,120-30.

Garis merah - rintangan

Harga emas kini sedang didagangkan di bawah Ichimoku cloud harian dan stokastik terletak pada tahap terlebih jual dan beralih lebih tinggi. Aliran penurunan harga ini juga berada di bawah Tenkan-sen (garis merah). Sekarang adalah masa yang paling tepat untuk harga emas membuat lantunan yang kuat ke arah rintangan cloud dan garis aliran berhampiran kawasan $ 1,120-30. Kita harus melihat penutupan harian di atas tahap $ 1,082 terlebih dahulu dan diikuti oleh pergerakan kenaikan harga.

Garisan kuning - rintangan jangka panjang

Garis merah - baji menaik

Garis biru - unjuran

Berdasarkan kepada carta mingguan, kami mendapati bahawa harga emas telah berdagang di bawah Ichimoku cloud dan masih berada di dalam baji kenaikan harga. Saya percaya bahawa kita harus menjangkakan penghujung tahun 2015 atau awal 2016 bagi menandakan berakhirnya pasaran penurunan harga dan aliran pembalikan. Stokastik mingguan menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya akan terdapat lantunan harga ke arah Ichimoku cloud kerana ia harus berlaku sebelum stokastik menjadi terlebih jual.