Gambaran Keseluruhan:
Pasaran menunjukkan turun naik yang lebih tinggi pada tahap 98.50 hari ini.Pasangan mata wang AUD/USD ini dilihat telah melonjak naik daripada tahap harga kukuh 0.7198 dan seterusnya melanjutkan aliran menaik sehingga harga mencecah ke tahap tinggi 0.7250 semalam. Tidak kurang pentingnya, sokongan didapati terletak pada tahap 0.7200, kerana tahap ini juga telah membentuk 'double bottom' pada tahap 0.7198. Selain itu, ia juga harus diingatkan bahawa pasangan mata wang AUD/USD kini sedang didagangkan di dalam julat 95 pips. Selain itu, harga telah ditetapkan di atas 50% daripada tahap anjakan Fibonacci selama dua hari. Oleh itu, kami menjangkakan ketepuan harga disekitar tahap 0.7198. Oleh yang demikian, pasaran berkemungkinan akan mula menunjukkan isyarat kesinambungan aliran menaik ke tahap yang lebih tinggi lagi untuk menunjukkan peluang kenaikan harga dari tahap 0.7198 (50% daripada tahap anjakan Fibonacci pada carta 1H). Sesudah itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7198 dengan sasaran pertama berada pada tahap 0.7265, ia akan memanggil kesinambungan aliran menaik untuk mencapai ke arah tahap 0.7303. Sebaliknya, jika aliran menaik memaksa pasangan mata wang ini untuk menarik kembali ke tahap 0.7155 dan penjual berjaya menembusi tahap ini, maka penyelesaian yang terbaik adalah dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap 0.7112.