EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD hanya mengukuh ke arah bawah dalam konteks aliran menurun. Garis sokongan yang terletak pada tahap 1.0550 akan diuji tidak lama lagi dan ia juga berkemungkinan akan ditembusi untuk aliran menurun. Garis sokongan pada tahap 1.0500 adalah merupakan sasaran yang berpotensi untuk minggu ini.
USD/CHF: Oleh kerana pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran menaik di atas tahap sokongan utama 1.0000, pasangan mata wang ini dilihat telah bergerak naik sebanyak 300 pips, menguji rintangan yang terletak pada tahap 1.0300. Kaedah yang terbaik untuk berurusan dengan pasangan ini adalah dengan mengambil pesanan membeli pada harga rendah dalam konteks aliran menaik (yang sedang berlaku sekarang), kerana prospek USD kekal menaik. Kesinambungan kenaikan harga adalah berkemungkinan.
GBP/USD: Pasangan mata wang ini dilihat hanya membuat sedikit lantunan menaik pada hari Isnin, manakala prospek dagangan kekal menurun. Ya, ia adalah sangat mungkin bahawa kecenderungan penurunan harga semasa akan dikekalkan, kerana prospek pada pasangan mata wang GBP/USD (termasuk pasangan GBP) adalah melemah bagi Disember 2015. Harga berkemungkinan akan jatuh lagi ke tahap yang lebih rendah minimum sebanyak 150 pip.
USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY kini telah beralih di atas tahap permintaan 123.00. Terdapat kebarangkalian yang sangat tinggi bahawa harga akan mencapai tahap bekalan 123.50; dan sekiranya ini berlaku, isyarat kenaikan harga akan menjadi lebih jelas di dalam pasaran. Pergerakan menaik seterusnya dijangka di dalam pasaran.
EUR/JPY: Pada hari semalam, kelihatan tidak terdapat banyak aktiviti pada pasangan mata wang ini. Masih terdapat Corak Pengesahan penurunan harga yang jelas di dalam pasaran, selagi mata wang EUR melemah. Mana-mana kenaikkan harga yang disaksikan dalam pasaran ini hanya akan memberi isyarat peluang jualan singkat. Melainkan jika mata wang JPY kehilangan kekuatan dengan ketara, maka perdagangan membeli adalah tidak lagi rasional.