Emas analisis gelombang bagi 1 Disember 2015

Harga emas telah melakukan 5 gelombang kenaikkan daripada tahap rendah pada $1,052 ke $1,075.Tiga penarikkan balik gelombang dijangkakan dan kemudian kenaikkan lain ke arah $1,090.Emas mungkin berada didalam proses pada pembentukkan dasar jangka masa panjang,maka penurunan perlu berhati-hati.Tahap rendah yang baru ke arah $1,020-40 tidak boleh diketepikan.

Seperti yang dapat dilihat pada carta 4-jam diatas,kita telah pun menandakan 5 gelombang hadapan didalam harga rendah.Ini merupakan isyarat kenaikkan pertama mengenai kemungkinan pembalikkan jangka masa panjang.Kita menjangkakan lantunan daripada tahap semasa sebagai harga berada didalam dalam lebihan jualan walaupun didalam tahap mingguan seperti yang dapat dilihat dini.Aliran jangka masa pendek telah berubah kepada kenaikkan.Aliran jangka masa sederhana akan berubah kepada kenaikkan jika harga menembusi atas $1,100.

Carta mingguan menunjukkan bagaimana stokastik berada dilebihan jualan sekarang dan ianya merupakan petanda bahawa pembalikkan ke arah atas adalah berkemungkinan.Sasaran mingguan pertama adalah indikator tenkan-sen dan kijun-sen didalam kawasan pada $1,115-25.Kita akan kekal menaik pada emas sebagai ianya juga mungkin merupakan peluang pada pembalikkan jangka masa panjang.