Gambaran Keseluruhan:
Kejatuhan pasangan mata wang GBP/JPY daripada tahap 188.79 telah diteruskan selepas pengukuhan harga, dan kecednerungan urusniaga harian kembali ke arah bawah. Corak penyatuan daripada tahap 180.36 telah berakhir pada tahap 188.79. Penurunan harga yang lebih dalam adalah diramalkan bagi membolehkan pasangan mata wang ini menguji zon sokongan pada tahap 180.36/64. Rintangan kecil di atas tahap 186.00 akan menjadikan kecenderungan pasangan ini neutral sekali lagi. Walau bagaimanapun, prospek penurunan harga ini akan dikekalkan selagi rintangan pada tahap 188.79 kekal mengukuh. Ini disokong oleh keadaan perbezaan penurunan harga didalam MACD mingguan. Selain itu, pasangan mata wang GBP/JPY ini telah menghampiri rintangan kelompok utama Penarikan semula 61.8% pada 251.09 hingga 116.83 pada 199.80, yang terletak berhampiran dengan tahap psikologi 200. Penembusan harga pada tahap 174.86 akan mengesahkan perubahan arah aliran harga dan membawa kejatuhan harga yang lebih dalam ke tahap Penarikan semula 38.2% pada 116.83 hingga 195.86 pada 165,67. Sekiranya harga melanjutkan kenaikan ke tahap yang lebih tinggi, maka kami mengesyorkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati dengan rintangan kuat dari tahap 199.80/200.00 untuk membawa pembalikan arah aliran harga kemudianya.
Pangsi Harian : (S1) 183.58; (P) 184.60; (R1) 185.25