Ringkasan Gelombang:
Kenaikkan harga daripada tahap rendah 129.62 kini telah menjadi lebih kuat berbanding rintangan unjuran pada tahap 130.93, rintangan terletak pada tahap 132.50, dan titik ketidaksahihan berada pada tahap 133.22, yang telah memaksa kita untuk mengkaji semula perkiraan pilihan kita sebelumnya. Perkiraan sebelumnya akan terbatal sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 133.22 sebagaimana ia akan meninggalkan kita dengan pertindihan harga di antara gelombang [i] dan gelombang [iv], yang tidak dibenarkan di bawah Prinsip Gelombang Elliot.
Perkiraan pilihan baru menyatakan pepenjuru ketara daripada tahap tinggi 141.06 telah mula kelihatan sebagai gelombang (i) dan gelombang (ii) kini sedang berjalan untuk pembetulan harga kembali ke bahagian atas gelombang iv, yang mana ia juga menandakan sasaran pembetulan 61.8% pada tahap 136.70.
untuk dagangan jangka pendek, garis rintangan pepenjuru utama yang terletak berhampiran pada tahap 134.50 berkemungkinan akan melindungi aliran menaik bagi membolehkan pasangan mata wang ini membuat pembetulan harga kecil ke tahap 132.73 dan mungkin juga lebih hampir ke tahap 131.64 sebelum harga melanjutkan aliran menaik ke tahap yang lebih tinggi pada 136.70.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah mengambil keuntungan pada kedudukan membeli EUR di tahap 132.25. Kami akan mengambil pesanan membeli EUR sekali lagi pada tahap 131.75 dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 129.75. Manakala Stop Loss ditetapkan pada tahap 136.50.