Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 07 Disember 07, 2015

Tinjauan teknikal dan persediaan carta:

Pasangan mata wang EUR/JPY telah ditarik semula daripada tahap 134.50 Jumaat lalu dan kini dilihat sedang berdagang di sekitar tahap 133.96. Pasangan mata wang ini telah terperangkap disekitar tahap rintangan Fibonacci 0.618, pada penurunan harga di antara tahap 127.00 dan 129.50 pada tahap 134.50, masing-masing. Sementara itu, garis aliran rintangan juga melalui wilayah yang sama seperti yang dapat anda perhatikan di sini. Pasangan mata wang ini dijangka akan kembali berdagang lebih rendah sehingga mencecah ke tahap 134.50. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 133.30 dan lebih rendah, manakala rintangan pula didapati terletak pada tahap 134.50 (interim), dan diikuti masing-masing dengan tahap 136.00, 137.00, dan lebih tinggi. Penolakan harga di atas tahap 137.00 ini akan mengesahkan aliran harga yang seterusnya di dalam dagangan jangka panjang.

Cadangan Perdagangan:

Tutup pesanan membeli. Memulakan 50% kedudukan menjual dengan Stop Loss ditetapkan pada tahap 135.70.

Semoga berjaya!