Pasangan mata wang USD/JPY terus diniagakan dalam julat dagangan. Arah aliran harga bagi pasangan mata wang ini masih neutral. Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan disyorkan untuk membuka pesanan hanya berhampiran dengan sempadan julat dagangan.
Garis biru - saluran mendatar
Harga kini sedang didagangkan di sekitar Ichimoku cloud 4 jam dan mendatar. Harga kini dilihat sedang terperangkap di dalam julat perdagangan 122.20-124. Para pedagang perlu lebih berhati-hati dengan pasangan mata wang ini dan harus menggunakan sempadan saluran sebagai tahap 'reverse stop'.
Garis biru gelap - corak segi tiga
Gambaran dagangan jangka panjang untuk pasangan USD/JPY menunjukkan bahawa corak segi tiga telah dibentuk. Ini merupakan satu lagi sebab mengapa para pedagang harus mengelak daripada berdagang dengan pasangan mata wang ini kerana pasangan mata wang kini sedang berada di zon harga di mana untung rugi untuk kedudukan membeli atau menjual. Adalah lebih baik untuk menunggu penembusan harga dan kemudianya membuat keputusan untuk mengambil pesanan.