Analisis Teknikal NZD/USD untuk 08 Disember, 2015

Pasangan mata wang NZD/USD kini dilihat sedang didagangkan di bawah tekanan. Pasangan mata wang ini telah jatuh di bawah tahap sokongan utama sebelumnya pada 0.6685 semalam, dan ia berkemungkinan akan menguji tahap 0.6605 (tahap rendah 3 Disember) dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Kedua-dua purata pergerakkan urusniaga harian tempoh 20 dan 50 kini telah beralih ke arah bawah, dan bertindak sebagai tahap rintangan. Selain itu, Indeks kekuatan relatif adalah negatif. Kesimpulanya, selagi tahap harga 0.6685 kekal mengukuh pada aliran menaik, perhatikan penurunan harga baru yang mensasarkan ke tahap 0.6605 dan 0.6560.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6605. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6565. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6685. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6730 dan sasaran kedua pada tahap 0.6770.

Tahap Rintangan: 0.6730 0.6770 0.6810

Tahap Sokongan: 0.6605 0.6565 0.6515