Analisis Teknikal USD/JPY untuk 11 Disember, 2015

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Semalaman, indeks saham AS ditutup tinggi buat kali pertama dalam tempoh empat sesi dagangan berikutan peningkatan pada saham kesihatan dan tenaga. Dow Jones Industrial Average meningkat 0.5% kepada 17.574, S&P 500 menokok 0.2% kepada 2052, dan Komposit Nasdaq meningkat 0.4% kepada 5045. Minyak mentah Nymex jatuh 1.1% kepada $ 36,76 setong, emas susut 0.2% kepada $ 1071 auns, dan penanda aras Perbendaharaan 10 tahun meningkat kepada 2.239% daripada 2.208% pada sesi dagangan sebelumnya.

Sementara itu, dolar AS meningkat semula lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama lain. Indeks Dollar Wall Street Journal meningkat 0.3% kepada 89.69 selepas jatuh 0.9% dalam tempoh dua sesi dagangan sebelumnya. Pasangan mata wang EUR/USD mencatatkan penurunan sebanyak 0.8% kepada 1.0940, pasangan USD/CHF meningkat 0.5% kepada 0.9874, dan USD/JPY meningkat 0.1% kepada 121.58. Pasangan mata wang ini masih dilihat melantun semula dan telah menembusi tahap rintangan utama sebelumnya. Pada masa ini, harga sedang didagangkan di atas Bollinger Band menaik dengan momentum arah atas yang kuat. Purata pergerakkan tempoh 20 (carta 30 minit) telah melintasi di atas tempoh 50, manakala Indeks kekuatan relatif kini dalam aliran menaik mensasarkan ke wilayah terlebih beli pada tahap 70. Tinjauan urusniaga harian telah bertukar kepada sangat menaik. Sasaran penurunan pertama dilihat terletak pada tahap 120.50 (sekitar tahap rendah 3 Disember) dan diikuti oleh sasaran penurunan kedua pada tahap 120.15 (sekitar tahap rendah 4 Disember).

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 120.50. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 120.15. Titik pangsi kekal berada pada tahap 122. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 122.45 dan sasaran kedua pada tahap 122.70.

Tahap Rintangan: 122.45 122.70 123.10

Tahap Sokongan: 120.50 120.15 119.75