EUR/USD: Pasangan mata wang ini dilihat sedang membuat percubaan menaik di atas garis rintangan utama pada tahap 1.0000. Tekanan belian yang berterusan diperhatikan di dalam pasaran, harga berpotensi untuk melonjak naik di atas garis rintangan pada minggu ini. Satu perkara yang perlu diambil perhatian, kami mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan pada pasangan mata wang EUR/USD sebelum akhir bulan ini.
USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF kini berhadapan dengan dua cabaran: mata wang euro kini sedang mengukuh dan franc Switzerland berpotensi melonjak naik sebelum sambutan Hari Krismas. Namun begitu, mata wang USD berkemungkinan akan meningkat lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain. Harga didapati hanya bergerak sedikit lebih rendah pada hari Isnin, dan ini dapat dikekalkan pada hari ini.
GBP/USD: Instrumen perdagangan mata wang ini telah turun sebanyak 100 pip pada hari Isnin, walau bagaimanapun tidak terdapat sebarang ancaman kepada isyarat kenaikan harga baru di pasaran. Harga perlu berdagang di bawah kawasan pengumpulan pada tahap 1.5000 sebelum ia boleh dikatakan bahawa kecenderungan kenaikan harga kini telah berakhir. Jika ini berlaku, harga berkemungkinan akan bergerak lebih tinggi lagi. Oleh itu, mana-mana penarikan harga yang kecil seperti ini berpotensi menjadi isyarat "beli".
USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini didagangkan lebih rendah pada Isnin menekankan kelemahan yang sedang berlaku di dalam pasaran. Tahap permintaan 120.50 telah diuji dan ia berpotensi untuk diuji sekali lagi. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap ini untuk ke arah bawah, sasaran yang seterusnya adalah pada tahap permintaan 120.00. Penurunan harga yang serius pada mata wang yen adalah diperlukan untuk membolehkan aliran menurun beralih kepada aliran menaik.
EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY telah mengukuh pada Isnin. Tiada apa yang ketara. Harga berkemungkinan akan meneruskan dagangan ke tahap lebih rendah, yang boleh mengancam kecenderungan kenaikan harga. Ini dikenali sebagai pengukuhan penurunan harga; yen kini telah kehilangan stamina.