Pasangan mata wang GBP/USD dijangkakan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga apabila rintangan utama dilihat berada pada tahap 184. Pasangan mata wang kini dilihat kekal berdagang di bawah tekanan di bawah tahap rintangan utama 184, yang mungkin akan mengehadkan sebarang percubaan menaik. Kedua-dua purata pergerakkan tempoh 20 dan 50 kini telah beralih ke arah bawah, yang menunjukkan isyarat negatif di pasaran. Dalam kes ini, selagi tahap harga 184 kekal mengukuh pada aliran menaik, penarikan semula harga yang baru ke tahap 182.65 (ayunan rendah sebelumnya) dan 181.95 seolah-olah akan berlaku pada pasangan mata wang ini.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 182.65. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 181.95. Titik pangsi kekal berada pada tahap 184.00 Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 184.50 dan sasaran kedua pada tahap 185.05.
Tahap Rintangan: 184.50 185.05 185.70
Tahap Sokongan: 182.65 181.95 181.15