Gambaran Keseluruhan
Kejatuhan harga daripada tahap 188.79 kini masih berlangsung dan kecenderungan dagangan urusniaga harian kekal memihak kepada aliran menurun. Corak penyatuan daripada tahap 180.36 telah selesai pada tahap 188.79 dan penurunan harga yang lebih dalam perlu dilihat kembali ke zon sokongan 180.36/64. Walau bagaimanapun, penembusan rintangan kecil pada tahap 186.33 kini akan menjejaskan prospek penurunan harga dan menghidupkan kembali tumpuan ke tahap 188.79. Ini disokong oleh perbezaan penurunan harga di dalam carta mingguan MACD. Pasangan mata wang GBP/JPY kini dilihat berada hampir dengan rintangan kelompok utama Penarikan semula 61.8% 251.09-116.83 pada tahap 199.80, yang terletak berhampiran dengan tahap psikologi 200. Penembusan harga pada tahap 174.86 akan mengesahkan arah aliran pembalikan dan mendorong kepada penurunan harga yang lebih dalam sehingga mencecah pada tahap penarikan semula 38.2% 116.83-195.86 pada 165.67. Sekiranya harga terus menaik, adalah diingatkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati terhadap rintangan yang kuat daripada tahap 199.80/200.00 untuk membawa kepada perubahan arah aliran harga pada akhirnya.
Pangsi Harian: (S1) 183.37; (P) 184.21; (R1) 184.86