Gambaran Keseluruhan:
Baru-baru ini, pasangan mata wang EUR/NZD telah bergerak ke arah bawah. Harga dilihat telah menguji tahap 1.6117 pada jumlah yang tinggi. Berdasarkan kepada carta M30, saya mendapati bahawa pembentukan corak 'head and shoulders' telah disahkan. Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EUR/NZD pada tahap harga ini kerana saya menjangkakan harga akan bergerak ke tahap yang lebih rendah lagi. Saya telah meletakkan lanjutan Fibonacci untuk mencari tahap sokongan yang berpotensi. Saya mendapati bahawa lanjutan Fibonacci 61.8% terletak pada tahap 1.6070, lanjutan Fibonacci 100% pada tahap 1.5840 dan lanjutan Fibonacci 161.8% pada tahap 1.5470.
Titik Pangsi Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1.6240
R2: 1.6280
R3: 1.6340
Tahap Sokongan:
S1: 1.6115
S2: 1.6080
S3: 1.6015
Cadangan Perdagangan : Pesanan membeli EUR/NZD pada tahap harga ini kelihatan sangat berisiko sebagaimana harga telah mengesahkan pembentukkan corak 'head and shoulder'. Perhatikan peluang jualan yang berpotensi.