AUD/CAD Gelombang Elliott
Sejak analisis kami yang terakhir,pasangan AUD/USD didagangkan dalam gerakkan ke atas,membentuk gelombang pembetulan B (warna biru) dari gelombang yang besar (2)(warna hijau).Semalam ketika sesi awal Asia,kita dapat perhatikan gerakkan penurunan yang kuat dari 1.0210 menuju ke arah tahap 1.0156.Oleh itu, ketika sesi Eropah dan New York, pasangan AUD/USD tidak mampu untuk bertahan pada tahap ini dan harga berganjak kembali kepada 1.0200. Hari ini matawang ini meneruskan dagangan dalam mood menaik mencecah tahap 1.0240 dan kami boleh katakan gerakkan ini sebagai gelombang pembetulan B yang akhir (warna biru).Mengikut peraturan gelombang dan mengambil kira bahawa gelombang C akan berganjak 100% dari gelombang A,kita boleh tentukan potensi saaran dengan mengukur gelombang A,dengan Take Profit pada 1.0128 (100% dari gelombang A). Untuk mengurangkan risiko ini, kita boleh menggunakan tahap rintangan pada tahap 1.0250 sebagai Stop Loss.Juga sesuai untuk memantau data CAD Core IHP b/b,IHP b/b,Jualan Borong yang boleh mengubah kadar pasangan .
Sokongan dan Rintangan
(S3) 1.0131 (S2) 1.0153 (S1) 1.0167 (PP) 1.0189 (R1) 1.0211 (R2) 1.0225 (R3) 1.0247
Ramalan Dagangan
Diteruskan dengan peraturan Gelombang Elliott hari ini,aliran masih lagi dijangkakan untuk mula mengambil gerakkan ke bawah.Inilah sebab mengapa posisi singkat pada tahap 1.0220 dengan Stop LOss 1.0250 dan Take Profit pada 1.0128 dicadangkan.