EMAS Analisis Urusniaga Teknikal

Emas ketika ini sedang menguji had rendah bagi saluran kenaikkan sederhana pada 1,758 mencadangkan lantunan.Walaubagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan melepaskan potensi yang besar dan akan memulakan saluran penurunan.

Penanda teknikal tidak menyediakan isyarat yang jelas dan sehingga tahap sokongan tidak ditembusi,andaian mengenai lantunan adalah yang paling mungkin.Bollinger band telah diketat kuat beberapa hari ini menunjukkan penurunan dalam turun naik dan kesegeraan pergerakkan yang ganas.Selain itu,emas berkembang pada tahap jalur bawah menguatkan had saluran rendah yang menyokong hipotesis untuk lantunan.

Emas sekarang sedang menguji had rendah saluran,kami mencadangkan 2 senario:yang pertama adalah hipotesis untuk lantunan dimana kami mencadangkan untuk beli pada tahap 1,758 dengan objektif 1 pada 1,768 dan kemudian pada 1,770.Penembusan pada 1,755 akan membatalkan senario ini.Senario yang kedua adalah penembusan sokongan dimana kami mencadangkan "sell stop" bermakna menjual kadar spot sejurus selepas ia menembusi tahap sokongan pada 1,758 dengan objektif 1 pada 1,748 dan kemudian pada 1,745.Penembusan 1,761 akan membatalkan senario ini.