AUD/USD Gelombang Elliott
Sejak analisis kami yang sebelumnya,pasangan AUD/USD didagangakan dalam gerakkan menurun,seperti yang kita jangkakan membentuk gelombang impulsif 1 (warna biru) dari gelombang (3) yang besar (warna hijau).Semalam,ketika sesi Asia dan Eropah,kita dapat perhatikan gerakkan penurunan yang kuat dari 1.0450 ke arah tahap 1.0386 dan kita boleh kirakan gerakkan ini sebagai pengakhiran gelombang 1 (warna biru).Oleh itu,ketika sesi New York, pasangan AUD/USD mula untuk menolak lebih tinggi apabila gelombang pembetulan 2 (warna biru) mula membentuk.Hari ini ketika sesi Asia AUD/USD telah siap membentuk gelombang 2 pada tahap 1.0444 dan kami menjangkakan untuk melihat harga sekitar 1.0230 tidak lama lagi. Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang 3 akan berganjak 161.8% dari gelombang 1,kita boleh tentukan potensi sasaran dengan lanjutan Fibonacci (1.0518-1.0386-1.044),dengan Take Profit 1 pada 1.0229 (161.8% dari gelombang 1).Untuk mengurangkan risiko,kita boleh menggunakan rintangan pada tahap 1.0445 sebagai Stop Loss. Ia juga adalah perlu untuk memantau Penolong Kerajaan Bank Rizab Australia Debelle Berucap dan data komposit A.S. S&P/CS-20HPI t/t,CB Keyakinan Pengguna, Setiausaha Bendahari Geithner Berucap yang boleh mengubah kadar pasangan.
Sokongan dan Rintangan
(S3) 1.0352 (S2) 1.0378 (S1) 1.0395 (PP) 1.0422 (R1) 1.0448 (R2) 1.0465 (R3) 1.0492
Ramalan Perdagangan
Diteruskan dengan peraturan gelombang Elliott hari ini, aliran dijangkakan mula untuk bergerak ke bawah.Inilah sebab mengapa posisi jual pada tahap 1.0395 dengan Stop Loss 1.0445 dengan Take Profit pada 1.0299 dicadangkan.