Kadar spot ketika ini sedang menguji rintangan pertengahan bagi saluran kenaikkan sederhana pada 100.80 dan kelihatan seperti mula untuk menurun.Walaubagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan melepaskan potensi yang besar dan mencecah had atas salurannya pada 101.40.
Penanda teknikal menyediakan isyarat jual dan sehingga tahap rintangan tidak ditembusi,andaian penurunan adalah yang paling mungkin.Bollinger band telah diketat kuat beberapa hari ini menunjukkan penurunan dalam turun naik dan kesegeraan pergerakkan yang ganas.Selain itu,jalur yang lebih tinggi menguatkan saluran rintangan pertengahan yang menyokong hipotesis untuk penurunan.
Kadar spot sekarang sedang menguji had rintangan pertengahan saluran,kami mencadangkan 2 senario:yang pertama adalah hipotesis untuk penurunan dimana kami mencadangkan untuk jual pada tahap 100.80 dengan objektif 1 pada 100.20 dan kemudian pada 100.00.Penembusan pada 101.00 akan membatalkan senario ini.Senario yang kedua adalah penembusan rintangan dimana kami mencadangkan "buy stop" bermakna membeli kadar spot sejurus selepas ia menembusi tahap sokongan pada 100.80 dengan objektif 1 pada 101.40 dan kemudian pada 101.60.Penembusan 100.60 akan membatalkan senario ini.