QE3 Dijangkakan,Apakah Seterusnya? Vol.3

Greece

Pasaran sedang menghadapi cabaran getir daripada Eropah dan Greece. Pada akhir bulan September atau awal Oktober, Troika (Suruhanjaya Eropah, IMF, dan ECB) akan mengeluarkan laporan akhir mengenai Greece yang mana ia akan menjelaskan jika negara memerlukan satu lagi tranche bantuan kewangan untuk melawan krisis.

Yields Amerika Syarikat


Yield korporat di Amerika Syarikat akan menjadi petunjuk yang baik bagi pertumbuhan saham dengan pergerakan di tahap yang rendah dan ketidaktentuan pada musim panas ini. Bagi tempoh tiga bulan yang lalu purata perindustrian Dow Jones menokok 6% manakala S & P500 memecut 9% dan Nasdaq Composite meningkat sebanyak 10.6%.

Menurut data laporan daripada 101 syarikat yang membentuk S & P500, 79 daripada mereka melaporkan hasil yang lebih rendah daripada anggaran permulaan.

Sepanyol


Euro terus memperbaharui mingguan rendahnya terhadap dolar yang dipengaruhi oleh ketidaktentuan Sepanyol dalam hal terbaru bailout dan semasa tindakan protes dalam negara yang mana beralih kepada tindakan paksaan.

Semalam, protestan bertarung dengan pihak polis di Madrid menjelang pusingan baru langkah berhemat tidak popular yang diperlukan untuk memenuhi matlamat belanjawan pada 2013.